Sunday, 18 March 2012

sayang dia atau tidak

Masalahnye.. ya Allah, berikan hambamu ini petunjuk pada siapa yang harus aku pergi dan siapa yang harus aku tinggal.. aku x tahu aku menyayangi siapa.. bagiku aku dah xthu prasaan syg tuh cmne..
erni syariena, tolong la diri kau sendiri.., jgn siksa jiwa sendiri untuk menyayangi org yg kau xsyg.. n ckup2 a bg harapan kt org yg kau dah penah bencii.. 


Ya ALLAH , berilah hambamu ini petunjuk, bkn niatku untuk mempermainkan sesiapa tetapi kini aku buntu.. Buntu pilihan aku...


## hanya mampu berserah PADAMU ya Allah
TAK TENTU HALA

Tuesday, 13 December 2011

SAYANG...........

Aku x pernah menyesal mencintaimu.. yg aku sesali mengapa mengapa tdk sejak dulu aku mencintaimu..

cinta yang suci dpt dilihat dari pengorbanan seseorng bukanlah dari pemberian atau hadiah semata2..
Dalam hatiku terdapat rase cinta yang hebat terhadapmu..adakah awk pom berprsaan begitu ?? ( ahmad azarudin)

Jgnlah kau mempermaenkn cintaku. Ketahuilah cintaku tulus dan suci..

CInta xb0leh dipakse dan cinta bukan dtg seklip mata..Cinta bagaikan bintang dilangit sana.. Terlalu banyak yg bercahaya ttp cuma satu yang akan mjg igauan..

CInta bukanlah menyanyangi yg sempurna ttp cinta itu menyanyangi yg tdk sempurna menjadikn lbh sempurna..

Friday, 7 October 2011

mY cIkArO!!

ahmad azarudin

teresa pulak nk b'cerita pasal dye nie... dia nie la 'BF' aku..  haa, syg siak! syg dye... 1st time aku couple dgn org yg xpenah  ad couple sblm couple.. yeala.. aku cinta ptama dye.. hahhahha... suke tp ble bab2 kte merajuk n perlu dye pujuk tuh mmg aku rase siksa ckit coz dye kureng pandai bab2 pujuk nieyh.. haha.. dye snggp b'kaorban ape jer utk aku..  aku rase syukur coz xpenah la aku ad bf yg btl2 sggp b'korban utk aku.. AWAK!! TRIMA KASIH AWAK!! awk byk b'korban utk sy... awk, sy janji sy xakan hampakan awk.. PROMISE!!

Friday, 30 September 2011

Mengapa Wanita Memerlukan Lelaki ??

Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah.


Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala.


Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?


Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.


Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.


Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.


Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.




Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya.


Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.


Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita.


Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.


Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.


Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.


Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia.


Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada.


Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua.


Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja.


Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa.


Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa.


Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.


Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.


Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.


Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.


Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.


Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya.


Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.


Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati.


Tetapi kita bahagia dalam dakapannya, semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik. InsyaAllah...

Sunday, 10 April 2011

CLASH!!

BROKEN!!!

NK LUPEKAN OWG YG KITA SYG SSH!!

AWK,SELAMA MATA SAYA TBUKA, KETIKA INI.... TAPI SAMPAI BILA SY XTHU...
SY NAPK MUKA AWK JE.., SUSAHNYE NK LUPAKAN AWK!!
SEMENJAK SY JUMPA AWK DULU..,,DALAM FIKIRAN SY INGAT AWK JE...
TENGOK!!!  SUSAH SANGAT WAK!
SEMENJAK ITU JUGA HATI SY ASYIK T'KENANGKAN AWK JE...
KALAU DIAM2 SY JADI RESAH.....

BAYANGAN AWK MENEREWANG DLM FIKIRAN SY..,, JIWA SY.... FIKIRAN SY
DAN SEDANG SY MENAIP CERITA MENGENAI AWK NI, HATI SY SEBAK SGT......
SEBAB SY TAHU.., AWK XAKN BACA
APATAH LAGI UNTUK AWK THU APE YG T'BUKU DLM HATI SY KETIKA NIE...
WLAUPUN SKUNK AWK JAUH DR SY.., DAN SY TIDAK TAHU APE P'HUJUNG CERITA KITA
TAPI SY INGIN SGT MJADI PENANTI YG SETIA.....
PERLUKAH SY?????

SEBAB HADIRNYE OWG KE3 DALAM HUBUNGAN KITA, MUSNAH SEGALANYA!!!
MENGERTILAH SY AWK....!
SAKITNYE UNTUK TERIMA SITUASI INI AWK....
TAPI
TAK MENGAPALAH...., JANJI AWK BAHAGIA, AWK SENANG DENGAN PILIHAN AWK
JANJI AWK BAHAGIA...
SEDAR X AWK..., HADIRNYE AWK DLM HIDUP SY...
TLH MERUBAH SGLA KEHIDUPN SY...SEDIKITPOWN TIDAK SAMA SPERTI DULU...
SELAGI BINTANG B'KELIP DI ANGKASA..., ANTARA INDAH DAN GEMBIRA....NAMUN..,,,
SELOTAN KISAH DISITU..., AIR DAN MINYAK.. MANA MUNGKIN BERSATU...
TABAHKAN HATI SY YA ALLAH...,SEDARKAN HATI SY YA RAHMAN
BUKALAH JIWA SY YA RAHIM.....

MUNGKIN SUATU HARI NATI KITA AKN B'JUMPA....TETAPI, MAAFKAN SY JIKA SY TIDAK MENEGUR AWK...
ANGGAPLAH KITA TIDAK PERNAH KNL....
SY INGIN BUANG SEMUA YG B'KAITAN DGN AWK SUPAYA SY BOLEH LUPEKAN AWK...
TP SY XBOLE AWK.......
BIARLAH SEMUA JADI KENANGAN TERINDAH BT SY,.....
YER AWK????     KERANA SEBENARNYE.........

AWK BUKAN UNTUK SAYA!! AWK BUKAN MILIK SAYA!!

bOsAn SaNgAT??? t'lAlU bOsAn??











TIPS UNTUK ELAKKAN DRP BOSAN



Anda mudah terasa bosan? Kenapa bosan ini suka sangat menempek dekat diri kita? Macam mana nak jauhkan bosan dari anda yer? Jom saya kongsikan beberapa tips untuk elakkan diri anda daripada belenggu bosan. ahaha.
Mulakan hari anda dengan Positif
Anda tahu ker bagaimana untuk positif? Sila bagi jawapan dalam  5 saat tet…tettt..tettttt.. dah habis. ahaha. Jawapanya sangat mudah dan simple ”anda tidak boleh berfikiran negatif”. heh! Nak bersikap positif ini, anda perlu tanamkan dalam hati dan minda bahawa kita lah juara. ahaha. Eh, bukan. erkk. Anda perlu yakin anda seorang yang berfikiran positif dan jangan malu – malu untuk menjadi batman melawan semua raksaksa perasaan bosan tanpa bosan. ahaha.
Kalau anda dah rasa bosan tahap gaban, senaraikan apa yang menyebabkan anda jadi bosan yang teramat dan saya yakin apabila anda senaraikan, anda akan dapati bahawa sebenarnya TIADA SEBAB untuk anda berasa bosan. Jadi kenapa nak membosankan diri? Tepuk dada tanya selera lah yer. yehaa!!
Senaraikan Target Anda Setiap Hari
Setiap orang pastinya ada target tersendiri bukan? Target saya sangat simple  ”Menjadi Jutawan”. ahaha. Walaupun mungkin nampak mustahil, tetapi target yang saya ada ini lah sebenarnya membuatkan hidup saya tidak pernah bosan ”Setiap hari, kerja saya menimbun mengalahkan Perdana Menteri”.
Telefon Orang Tersayang
Tang ini memang saya tak boleh menafikannya. ahaha. Ada sesiapa pernah rasa bosan bila bersama insan tersayang? Sila angkat kaki yer. ahaha. Tapi siapa orang tersayang anda? Tersayang kat sini bukan setakat pengarang jantung anda yer tetapi ibu, ayah dan adik beradik anda plus plus plus sahabat tercinta. heh!

Pergi ke Tempat yang Anda Sukai
Opps bukan untuk bershopping yer. Kadang-kadang, bosan datang apabila anda cuma terperuk dalam rumah bukan? Pastinya rasa bosan menjelma tanpa dipinta. Apabila keluar dari tempat yang sama, ianya akan memberikan angin baru kepada anda dan time itu juga, pelbagai aktiviti muncul tanpa disangka2. heh! Anda pula bagaimana yer? Jom share kan tips anda untuk hilangkan bosan bersama saya. Saya suke!!


Read more: http://darkbatman.com/tips-untuk-elakkan-bosan/#ixzz1J70uNe1G